Wednesday, February 26, 2014

Perkembangan penggunaan produk healin (lengan)

2/11/2012 - penggunaan awal healin. kemerah merahan
 24/11/2012 - semakin membesar
6/12/2012 - merebak lagi seperti ruam
27/2/2014 - selepas setahun 3 bulan. dah 2 minggu tiada tanda2 ekzema di lengan. nantikan perkembangan akan datang. insyaallah



Tuesday, February 25, 2014

1 Tahun 3 Bulan

Mesti ramai yang menanti perkembangan ekzemaku kan.
Alhamdulillah berkat istiqamah dalam menggunakan produk healin ni kegatalan sangat sedikit. Selama dua minggu ni boleh dikira ekzema yg ada.

lengan tangan - tiada
tangan - sikit2
kuku - dah lama tak muncul. alhamdulillah
peha - kadang
betis - tiada. alhamdulillah
pinggang - tiada. alhamdulillah
kaki - kadang2
muka dan badan - tak pernah ada

Sekarang ini boleh dikatakan 95% sembuh.
Kalau pembaca ingin mengetahui perkembangan seterusnya, teruskan menanti... :) Semoga Allah memperkenankan permintaanku ini untuk sembuh 100%.

Amin...

Ada masa nanti saya akan upload gambar ekzema dari mula sehingga kini insyaallah..


Thursday, June 20, 2013

Bulan ke 8

Assalamualaikum,
Bulan ke 8 dah saya pakai produk healin. Sabun Mirakel masih digunakan. Imunol telah digantikan dengan zaniplus.  Murah sikit. Sesak katenye... dermaX pakai kadang2 je.

Baru2 ni kat lengan ada naik ekzema. sapu dermaX dalam seminggu pastu sapu steroid hospital. cepat hilang. Bukan apa, takkan nak balik kg/berjalan jauh dengan keadaan gatal2 kan. steroid terus......

Kaki
Yang agak sukar nak sembuh bahagian kaki. Mungkin kat rumah ni tak rajin nak mengemop. Jadi ekzema selalu keluar bahagian kaki. Kat rumah saya ni mmg banyak habuk lantai. tak taula kenapa.. Masa ekzema teruk dulu, rajin la mengemop, lama jugak la ekzema nak datang semula. Memang terasa la kaki kering kalau berjalan dalam rumah. Kalau pakai selipar dalam rumah kaki rasa normal je.... (tak rasakering)

Mandi
Petang tadi sebelum nak makan mmg bertuala untuk mandi. tak lama lepas tu kat peha terasa gatal. lepas mandi sapu vaselin terus lega. Korang kalau pakaian/tuala elakkan la pakai berulang2 terlalu lama. akan naik gatal la lepas tu. korang akan rasa kelegaan kalau pakai pakaian yg baru dibasuh. sebelum ni pon saya pernah mention, kalau ekzema teruk, tukar tuala hari2 kan...

Tuesday, January 29, 2013

Bulan ke 3

Minggu lepas try makan roti john yang isteri buat untuk anak. esoknye keluar gegata. mau seminggu jugak la kene. waktu pagi dan malam lepas mandi gegata keluar. syukur la tak teruk sangat macam saya kene masa form 3. 3 bulan merana 1 badan. jumpa doc, die bagi ubat tahan gatal (histamine) jela. lepas makan tu baik pula.

Patch test
Isnin minggu lepas pergi dermatologi di HKL untuk patch test belakang badan. Untuk pengetahuan pembaca, patch test ni adalah pengujian bagi bahan sapuan badan yang kita gunakan tiap2 hari seperti sabun, pencuci muka, losyen atau pewangi. doktor suruh bawak segala toiletries yang saya gunakan. rabu doktor buka patch tu. Jumaat doc analisa. Hasilnya, syampu badan healin dan pencuci muka vaselin menunjukkan iritasi. jadi doc mengesyorkan agar membuat analisa bahan kosmetik secara terperinci agar saya mengetahui isi kandungan bahan yang tidak boleh saya gunakan. Jadual temujanji bulan 4.  

Ekzema
Setakat ini ekzema seluruh badan tiada langsung. seumur hidup saya, ekzema tidak pernah lekang dari badan. lagipon sejak saya kenalpasti makanan yang alergi saya cuba elakkan/kurangkan. makanan yang saya tidak tahu yang selama ini saya alergi adalah kekacang seperti badan/kacang tanah/kacang brazil dsb. sejak itu memang tak makan la kacang2 ni. sekarang ni saya hanya menyapu aqueous cream berselang dengan vaselin.

Semoga ekzema tidak timbul lagi akan datang isyaallah... 


Thursday, January 3, 2013

Minggu ke 9

Ekzema telah surut sepenuhnya tetapi buku lali dan atas telapak tangan masih ada sedikit sisa2 dalam masa yang sama gatal yg sangat melampau ketika waktu tidur. Oleh kerana tidak tahan dengan kegatalan lagi saya mengambil keputusan menggunakan krim steroid. kegatalan di kaki agak berair, pharmacist mencadangkan menggunakan steroid ber krim. pakai sekali je alhamdulillah terus hilang kegatalan pada esok hari. saya tidak mengamalkan selalu steroid takut badan lali dengan streoid lagi...

Paling menggembirakan saya, seperti sebelum2 ini, saya hanya memakai steroid kuat tetapi hasilnya sekejap sahaja.kadang2 tidak sembuh juga. Selepas penggunaan healin, saya hanya menggunakan steroid peratus rendah sebagai sapuan harian. tapi sekarang dah tak pakai sebab dah sembuh. hanya guna vaselin sahaja sebab badan masih kering dan kadangkala terasa gatal.

Pada minggu ini juga saya dah boleh guna stoking. sebelum ni kerja guna selipar sahaja. nasib baik bos tak kisah.. alhamdulillah..

Pada hari ini juga adalah tarikh appoinment kali ke tiga pusat perubatan al-hidayah. saya masih lagi pergi mendapatkan rawatan susulan di sana walaupun hampir baik sepenuhnya. Saya percaya dengan mengamalkan ayat suci al-quran yang diturunkan oleh Allah di samping ikhtiar makan makanan tambahan+ubat. Ayat-ayat yang diberikan oleh Al-Hidayah diteruskan sejak saya mendapatkan rawatan di sana pada awal November dengan harapan Allah mempermudahkan hambamu ini untuk sembuh dan meneruskan hidup dengan kesihatan yang baik. insyaallah...

Saturday, December 22, 2012

Minggu ke 7

Waktu menunjukkan jam 3 pagi. Ketika ini saya dalam keadaan agak tidak selesa. Hanya kegatalan biasa.tapi masih tidak dapat melelapkan mata. Di harap dapat tidur lena selepas saya menukar kain pelikat ini.seperti sebelum2 ini juga, jika dirasakan gatal tambahan kain agak melekit kerana pemakaian vaselin, saya akan menukar kain agar lebih selesa. Sejak ekzema semakin teruk, saya hanya berkemban bg memudahkan sapuan pelembab.

Perkembangan setakat ini.
Ahamdulillah ekzema yg baru tumbuh 5 hari lepas menunjukkan tanda2 pulih. Kemunculan semula ekzema pada minggu ini mungkin disebabkan saya mula bekerja selepas seminggu MC. Keadaan aircon membuatkan kulit tidak selesa. Ekzema ini muncul di bahagian baru. Bukan bekas lama.

Bolehlah saya kirakan proses pemakaian healin ini melalui 3 fasa. Pertama, proses pengeluaran air ekzema. Ketika ini ekzema akan menjadi bengkak dan menjadi kudis. Kedua, ekzema menjadi merah dan tompokan merah seperti ruam serta mula merebak. Ketiga. Selepas pulih, ekzema merebak sedikit tetapi boleh  pulih dalam ms seminggu. Rajin2 sapu vaselin dan JANGAN garu bagi mengelakkan lebih teruk. Tepuk2 manja gitu...

Adakah akan pulih sepenuhnya selepas ini? Nantikan post saya seterusnya. Insyaallah...

Sunday, December 16, 2012

Minggu ke 5

Kegatalan mula tumbuh di telinga. Seminggu jugala tak selesa kat telinga sehingga keluar air Jadi kudis.tido mmg tak selesa la.

Lepas telinga mula sembuh berjangkit pula ke leher. lagi seksa nak menahan kegatalan waktu tido. Akibat seminggu tak tahan lagi tahan gatal saya sapukan ubat steroid jugak akhirnya.tapi sapu sekali terus beansur hilang. Alhamdulillah... Hari kedua lepas lepas sapu ubt stroid, saya hanya sapukan vaselin sahaja utk elakkan kering.

Sekali lagi saya telefon healin care, akibat kegatalan yg merebak+tidak tahan menanggung seksa, PA doc memberi beberapa tip.


  • Jangan garu sebaliknya urut2 pelajan atau tepuk2 manja.
  • Bersabar dengan kegatalan yg merebak kerana ia tanda2 ekzema hendak keluar dr badan. 
  • Ekzema boleh sembuh bergatung d umur seseorg.lagi berumur seseorg lagi lmbt ekzema akan sembuh. Kanak2cepat sembuh.
  • Merah2 adalah kesan penggunaan produk healin.
  • Beliau memberi semanbat kpd saya mengenai pesakit perempuan yg mengalami ekzema mengambil masa 5 bulan utk sembuh. Kulit jd terus licin.

Thursday, December 13, 2012

Minggu ke 6

Alhamdulillah  setakat ini bahagian peha, pingang dan tangan sudah beransur pulih 95%.  Tapi kegatalan dan kepedihan masih terasa. Mungkin akibat menggaru. Kadangkala menggaru tak dapat dibendung sekiranya saya hanya duduk di kerusi. Leka dengan menonton tv mengakibatkan tangan asik terasa nak menggaru sahaja. Buku lali baru tumbuh kegatalan baru selepas saya memakai stokin pada minggu lepas semasa menghadiri kursus 3 hari. kalau tahu jadi begini awal2 lagi saya tidak perlu memakai stokin. Sehingga kini buku lali berair sedikit dan beransur mengering.

Petua saya, goyang2kan atau hentak2kan kaki tangan untuk menggelakkan kita  menggaru. Tapi kalau tengah tido macamana nak buat begitu kan...

Memandangkan isteri saya bekerja di kedai penjagaan kesihatan, die mendapat nasihat dari pharmacist tentang penggunaan pelembab agar lebih tahan lama. Caranya, campurkan vaselin dengan dengan aqueous cream untuk melembabkan kulit kerana vaselin agak pekat untuk disapukan terus ke kulit. Saya tidak mencapurkan sebaliknya hanya colet dua benda tersebut. Hasilnya vaselin akan menjadi sedikit lembut untuk disapukan dan kulit lebih terasa lembab. Kalau sapu vaselin sahaja dalam bilik aircorn akan akan merasakan seperti manyapu gris pada badan anda. Cuba lah.

Atas nasihat bos Pada minggu ni baru nak jumpe doc untuk Berehat dan dapatkan mc. Berjaya juga dapat mc seminggu. Terima kasih doc. Doc merujuk saya kepada pakar dermathology untuk pemeriksaan selanjutnya. Saya mengharapkan pakar kulit memeriksa semua jenis alahan yang saya alami.

Saya bernasib baik kerana mempunyai isteri yang menjaga anak dan menyediakan masakan hari2 sepanjang gangguan kesihatan ini. Dengan kesihatan yg tidak mengizinkan ini, saya terpaksa juga menjaga 2 org anak kerana isteri bekerja shif. Bayangkanlah bagaiman keadaan anda yg mengalami ketidskselesaan seluruh badan dalam masa yg sama mengurus anak. Saya terima dengan hati yg terbuka kerana ini adalah ketentuan ilahi. Banyak bersabar dengan dugaan yg anda alami. Tuhan yg sayang pada kita sekalimsekala akan menurunkan dugaan untuk melihat ketabahan kita.

Nasihat saya, jangan merungut dugaan yg anda alami sebaliknya sentiasa meminta doa daripada allah  untuk menyembuhkan penyakit. Allah sentiasa bersama sama dengan kita. Penyakit yang kita alami akan menghapuskan dosa dosa kecil kita. Jd sentiasa beristiqamah....

Thursday, November 1, 2012

perkembangan guna healin minggu pertama

Assalamualaikum,
sejarah
mak mengesahkan bahawa saya mengalami ekzema sejak dari kecil. doktor yang merawat saya mengatakan bahawa penyakit kulit ini akan sembuh apabila besar nanti. mungkin tiada pencegahan dari kecil, penyakit ini melarat sehingga saya dewasa (ketika ini 29 tahun)

dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, saya ditemani ayah untuk ke hospital. ketika itu saya tidak tahu apa itu ekzema. apabila masuk ke IPTA, saya di rujuk pula pakar kulit untuk rawatan yang lebih teliti. pada waktu itu doktor mengambil sampel kulit untuk dibuat ujikaji. barulah saya tahu saya mengalami ekzema.

selepas bekerja, oleh kerana dah bosan pergi ke klinik kerajaan, saya mengambil inisiatif untuk ke pakar kulit di bandar johor bahru. bermacam-macam klinik saya pergi namun kesan ubat hanya dapat bertahan sekejap sahaja. sehingga saya mencuba beprosalic sehingga kini, 2012. Entah kenapa tiba-tiba ekzema semakin melarat sebelum raya aidilfitri pada Julai sehinggalah hujung bulan oktober. sehinggakan hari raya haji hanya beraya dirumah.

Pertama sekali saya ingin memanjat kesyukuran kehadrat ilahi kerana mengatur kehidupan saya dengan baik. Kenapa saya kata begitu, kerana pada masa penyakit saya melarat ini, saya mendapat duit insuran yang saya ambil enam tahun lalu. pelan prima dari etiqa yang saya ambil ini akan mendapat hasil setiap 3 tahun iaitu rm2500. Tambahan pula hujung tahun ini akan mendapat bonus. Apa kaitan duit dengan panyakit saya ni? saya perlu memperuntukkan duet ini untuk membeli ubat. Healin ni bukan ubat yang murah. alhamdulillah perjalanan hidup saya dipermudahkan. syukran..

Episod bermula...

 1 november 2012 - Saya mula menggunakan produk healin pada khamis 1 november 2012. pagi tu mandi guna mirakel dan sapu derma x. badan mengalami kegatalan yang melampau selepas pakai sabun mirakel. oleh kerana tak tahan, tengah hari tu balik mandi guna sabun johnson, sapu derma x. lega sket. saya sangkakan mirakel tidak sesuai dengan badan, tapi lepas telefon careline healin dan stokis healin kat putrajaya mmg dia mengatakan itu adalah tindakbalas daripada penggunaan produk healin.

2 november 2012 - minum imunol sabun mirakel dan derma x. kegatalan kurang daripada semalam. fuh lega.. betul la kata penasihat healin tindak balas sabun tu memang menyebabkan kegatalan yang melampau. selama ni kalau badan saya ada ekzema tompok ekzema berwarna hitam. tapi.... hari ini ekzema kat badan merah2. apakah itu tanda ekzema kat badan sedang aktif untuk keluar dari badan? Mungkin juga.