Thursday, December 13, 2012

Minggu ke 6

Alhamdulillah  setakat ini bahagian peha, pingang dan tangan sudah beransur pulih 95%.  Tapi kegatalan dan kepedihan masih terasa. Mungkin akibat menggaru. Kadangkala menggaru tak dapat dibendung sekiranya saya hanya duduk di kerusi. Leka dengan menonton tv mengakibatkan tangan asik terasa nak menggaru sahaja. Buku lali baru tumbuh kegatalan baru selepas saya memakai stokin pada minggu lepas semasa menghadiri kursus 3 hari. kalau tahu jadi begini awal2 lagi saya tidak perlu memakai stokin. Sehingga kini buku lali berair sedikit dan beransur mengering.

Petua saya, goyang2kan atau hentak2kan kaki tangan untuk menggelakkan kita  menggaru. Tapi kalau tengah tido macamana nak buat begitu kan...

Memandangkan isteri saya bekerja di kedai penjagaan kesihatan, die mendapat nasihat dari pharmacist tentang penggunaan pelembab agar lebih tahan lama. Caranya, campurkan vaselin dengan dengan aqueous cream untuk melembabkan kulit kerana vaselin agak pekat untuk disapukan terus ke kulit. Saya tidak mencapurkan sebaliknya hanya colet dua benda tersebut. Hasilnya vaselin akan menjadi sedikit lembut untuk disapukan dan kulit lebih terasa lembab. Kalau sapu vaselin sahaja dalam bilik aircorn akan akan merasakan seperti manyapu gris pada badan anda. Cuba lah.

Atas nasihat bos Pada minggu ni baru nak jumpe doc untuk Berehat dan dapatkan mc. Berjaya juga dapat mc seminggu. Terima kasih doc. Doc merujuk saya kepada pakar dermathology untuk pemeriksaan selanjutnya. Saya mengharapkan pakar kulit memeriksa semua jenis alahan yang saya alami.

Saya bernasib baik kerana mempunyai isteri yang menjaga anak dan menyediakan masakan hari2 sepanjang gangguan kesihatan ini. Dengan kesihatan yg tidak mengizinkan ini, saya terpaksa juga menjaga 2 org anak kerana isteri bekerja shif. Bayangkanlah bagaiman keadaan anda yg mengalami ketidskselesaan seluruh badan dalam masa yg sama mengurus anak. Saya terima dengan hati yg terbuka kerana ini adalah ketentuan ilahi. Banyak bersabar dengan dugaan yg anda alami. Tuhan yg sayang pada kita sekalimsekala akan menurunkan dugaan untuk melihat ketabahan kita.

Nasihat saya, jangan merungut dugaan yg anda alami sebaliknya sentiasa meminta doa daripada allah  untuk menyembuhkan penyakit. Allah sentiasa bersama sama dengan kita. Penyakit yang kita alami akan menghapuskan dosa dosa kecil kita. Jd sentiasa beristiqamah....

0 comments :