Thursday, January 3, 2013

Minggu ke 9

Ekzema telah surut sepenuhnya tetapi buku lali dan atas telapak tangan masih ada sedikit sisa2 dalam masa yang sama gatal yg sangat melampau ketika waktu tidur. Oleh kerana tidak tahan dengan kegatalan lagi saya mengambil keputusan menggunakan krim steroid. kegatalan di kaki agak berair, pharmacist mencadangkan menggunakan steroid ber krim. pakai sekali je alhamdulillah terus hilang kegatalan pada esok hari. saya tidak mengamalkan selalu steroid takut badan lali dengan streoid lagi...

Paling menggembirakan saya, seperti sebelum2 ini, saya hanya memakai steroid kuat tetapi hasilnya sekejap sahaja.kadang2 tidak sembuh juga. Selepas penggunaan healin, saya hanya menggunakan steroid peratus rendah sebagai sapuan harian. tapi sekarang dah tak pakai sebab dah sembuh. hanya guna vaselin sahaja sebab badan masih kering dan kadangkala terasa gatal.

Pada minggu ini juga saya dah boleh guna stoking. sebelum ni kerja guna selipar sahaja. nasib baik bos tak kisah.. alhamdulillah..

Pada hari ini juga adalah tarikh appoinment kali ke tiga pusat perubatan al-hidayah. saya masih lagi pergi mendapatkan rawatan susulan di sana walaupun hampir baik sepenuhnya. Saya percaya dengan mengamalkan ayat suci al-quran yang diturunkan oleh Allah di samping ikhtiar makan makanan tambahan+ubat. Ayat-ayat yang diberikan oleh Al-Hidayah diteruskan sejak saya mendapatkan rawatan di sana pada awal November dengan harapan Allah mempermudahkan hambamu ini untuk sembuh dan meneruskan hidup dengan kesihatan yang baik. insyaallah...

0 comments :