Tuesday, January 29, 2013

Bulan ke 3

Minggu lepas try makan roti john yang isteri buat untuk anak. esoknye keluar gegata. mau seminggu jugak la kene. waktu pagi dan malam lepas mandi gegata keluar. syukur la tak teruk sangat macam saya kene masa form 3. 3 bulan merana 1 badan. jumpa doc, die bagi ubat tahan gatal (histamine) jela. lepas makan tu baik pula.

Patch test
Isnin minggu lepas pergi dermatologi di HKL untuk patch test belakang badan. Untuk pengetahuan pembaca, patch test ni adalah pengujian bagi bahan sapuan badan yang kita gunakan tiap2 hari seperti sabun, pencuci muka, losyen atau pewangi. doktor suruh bawak segala toiletries yang saya gunakan. rabu doktor buka patch tu. Jumaat doc analisa. Hasilnya, syampu badan healin dan pencuci muka vaselin menunjukkan iritasi. jadi doc mengesyorkan agar membuat analisa bahan kosmetik secara terperinci agar saya mengetahui isi kandungan bahan yang tidak boleh saya gunakan. Jadual temujanji bulan 4.  

Ekzema
Setakat ini ekzema seluruh badan tiada langsung. seumur hidup saya, ekzema tidak pernah lekang dari badan. lagipon sejak saya kenalpasti makanan yang alergi saya cuba elakkan/kurangkan. makanan yang saya tidak tahu yang selama ini saya alergi adalah kekacang seperti badan/kacang tanah/kacang brazil dsb. sejak itu memang tak makan la kacang2 ni. sekarang ni saya hanya menyapu aqueous cream berselang dengan vaselin.

Semoga ekzema tidak timbul lagi akan datang isyaallah... 


0 comments :