Thursday, June 20, 2013

Bulan ke 8

Assalamualaikum,
Bulan ke 8 dah saya pakai produk healin. Sabun Mirakel masih digunakan. Imunol telah digantikan dengan zaniplus.  Murah sikit. Sesak katenye... dermaX pakai kadang2 je.

Baru2 ni kat lengan ada naik ekzema. sapu dermaX dalam seminggu pastu sapu steroid hospital. cepat hilang. Bukan apa, takkan nak balik kg/berjalan jauh dengan keadaan gatal2 kan. steroid terus......

Kaki
Yang agak sukar nak sembuh bahagian kaki. Mungkin kat rumah ni tak rajin nak mengemop. Jadi ekzema selalu keluar bahagian kaki. Kat rumah saya ni mmg banyak habuk lantai. tak taula kenapa.. Masa ekzema teruk dulu, rajin la mengemop, lama jugak la ekzema nak datang semula. Memang terasa la kaki kering kalau berjalan dalam rumah. Kalau pakai selipar dalam rumah kaki rasa normal je.... (tak rasakering)

Mandi
Petang tadi sebelum nak makan mmg bertuala untuk mandi. tak lama lepas tu kat peha terasa gatal. lepas mandi sapu vaselin terus lega. Korang kalau pakaian/tuala elakkan la pakai berulang2 terlalu lama. akan naik gatal la lepas tu. korang akan rasa kelegaan kalau pakai pakaian yg baru dibasuh. sebelum ni pon saya pernah mention, kalau ekzema teruk, tukar tuala hari2 kan...

Tuesday, January 29, 2013

Bulan ke 3

Minggu lepas try makan roti john yang isteri buat untuk anak. esoknye keluar gegata. mau seminggu jugak la kene. waktu pagi dan malam lepas mandi gegata keluar. syukur la tak teruk sangat macam saya kene masa form 3. 3 bulan merana 1 badan. jumpa doc, die bagi ubat tahan gatal (histamine) jela. lepas makan tu baik pula.

Patch test
Isnin minggu lepas pergi dermatologi di HKL untuk patch test belakang badan. Untuk pengetahuan pembaca, patch test ni adalah pengujian bagi bahan sapuan badan yang kita gunakan tiap2 hari seperti sabun, pencuci muka, losyen atau pewangi. doktor suruh bawak segala toiletries yang saya gunakan. rabu doktor buka patch tu. Jumaat doc analisa. Hasilnya, syampu badan healin dan pencuci muka vaselin menunjukkan iritasi. jadi doc mengesyorkan agar membuat analisa bahan kosmetik secara terperinci agar saya mengetahui isi kandungan bahan yang tidak boleh saya gunakan. Jadual temujanji bulan 4.  

Ekzema
Setakat ini ekzema seluruh badan tiada langsung. seumur hidup saya, ekzema tidak pernah lekang dari badan. lagipon sejak saya kenalpasti makanan yang alergi saya cuba elakkan/kurangkan. makanan yang saya tidak tahu yang selama ini saya alergi adalah kekacang seperti badan/kacang tanah/kacang brazil dsb. sejak itu memang tak makan la kacang2 ni. sekarang ni saya hanya menyapu aqueous cream berselang dengan vaselin.

Semoga ekzema tidak timbul lagi akan datang isyaallah... 


Thursday, January 3, 2013

Minggu ke 9

Ekzema telah surut sepenuhnya tetapi buku lali dan atas telapak tangan masih ada sedikit sisa2 dalam masa yang sama gatal yg sangat melampau ketika waktu tidur. Oleh kerana tidak tahan dengan kegatalan lagi saya mengambil keputusan menggunakan krim steroid. kegatalan di kaki agak berair, pharmacist mencadangkan menggunakan steroid ber krim. pakai sekali je alhamdulillah terus hilang kegatalan pada esok hari. saya tidak mengamalkan selalu steroid takut badan lali dengan streoid lagi...

Paling menggembirakan saya, seperti sebelum2 ini, saya hanya memakai steroid kuat tetapi hasilnya sekejap sahaja.kadang2 tidak sembuh juga. Selepas penggunaan healin, saya hanya menggunakan steroid peratus rendah sebagai sapuan harian. tapi sekarang dah tak pakai sebab dah sembuh. hanya guna vaselin sahaja sebab badan masih kering dan kadangkala terasa gatal.

Pada minggu ini juga saya dah boleh guna stoking. sebelum ni kerja guna selipar sahaja. nasib baik bos tak kisah.. alhamdulillah..

Pada hari ini juga adalah tarikh appoinment kali ke tiga pusat perubatan al-hidayah. saya masih lagi pergi mendapatkan rawatan susulan di sana walaupun hampir baik sepenuhnya. Saya percaya dengan mengamalkan ayat suci al-quran yang diturunkan oleh Allah di samping ikhtiar makan makanan tambahan+ubat. Ayat-ayat yang diberikan oleh Al-Hidayah diteruskan sejak saya mendapatkan rawatan di sana pada awal November dengan harapan Allah mempermudahkan hambamu ini untuk sembuh dan meneruskan hidup dengan kesihatan yang baik. insyaallah...