Saturday, December 22, 2012

Minggu ke 7

Waktu menunjukkan jam 3 pagi. Ketika ini saya dalam keadaan agak tidak selesa. Hanya kegatalan biasa.tapi masih tidak dapat melelapkan mata. Di harap dapat tidur lena selepas saya menukar kain pelikat ini.seperti sebelum2 ini juga, jika dirasakan gatal tambahan kain agak melekit kerana pemakaian vaselin, saya akan menukar kain agar lebih selesa. Sejak ekzema semakin teruk, saya hanya berkemban bg memudahkan sapuan pelembab.

Perkembangan setakat ini.
Ahamdulillah ekzema yg baru tumbuh 5 hari lepas menunjukkan tanda2 pulih. Kemunculan semula ekzema pada minggu ini mungkin disebabkan saya mula bekerja selepas seminggu MC. Keadaan aircon membuatkan kulit tidak selesa. Ekzema ini muncul di bahagian baru. Bukan bekas lama.

Bolehlah saya kirakan proses pemakaian healin ini melalui 3 fasa. Pertama, proses pengeluaran air ekzema. Ketika ini ekzema akan menjadi bengkak dan menjadi kudis. Kedua, ekzema menjadi merah dan tompokan merah seperti ruam serta mula merebak. Ketiga. Selepas pulih, ekzema merebak sedikit tetapi boleh  pulih dalam ms seminggu. Rajin2 sapu vaselin dan JANGAN garu bagi mengelakkan lebih teruk. Tepuk2 manja gitu...

Adakah akan pulih sepenuhnya selepas ini? Nantikan post saya seterusnya. Insyaallah...

0 comments :