Thursday, November 1, 2012

perkembangan guna healin minggu pertama

Assalamualaikum,
sejarah
mak mengesahkan bahawa saya mengalami ekzema sejak dari kecil. doktor yang merawat saya mengatakan bahawa penyakit kulit ini akan sembuh apabila besar nanti. mungkin tiada pencegahan dari kecil, penyakit ini melarat sehingga saya dewasa (ketika ini 29 tahun)

dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, saya ditemani ayah untuk ke hospital. ketika itu saya tidak tahu apa itu ekzema. apabila masuk ke IPTA, saya di rujuk pula pakar kulit untuk rawatan yang lebih teliti. pada waktu itu doktor mengambil sampel kulit untuk dibuat ujikaji. barulah saya tahu saya mengalami ekzema.

selepas bekerja, oleh kerana dah bosan pergi ke klinik kerajaan, saya mengambil inisiatif untuk ke pakar kulit di bandar johor bahru. bermacam-macam klinik saya pergi namun kesan ubat hanya dapat bertahan sekejap sahaja. sehingga saya mencuba beprosalic sehingga kini, 2012. Entah kenapa tiba-tiba ekzema semakin melarat sebelum raya aidilfitri pada Julai sehinggalah hujung bulan oktober. sehinggakan hari raya haji hanya beraya dirumah.

Pertama sekali saya ingin memanjat kesyukuran kehadrat ilahi kerana mengatur kehidupan saya dengan baik. Kenapa saya kata begitu, kerana pada masa penyakit saya melarat ini, saya mendapat duit insuran yang saya ambil enam tahun lalu. pelan prima dari etiqa yang saya ambil ini akan mendapat hasil setiap 3 tahun iaitu rm2500. Tambahan pula hujung tahun ini akan mendapat bonus. Apa kaitan duit dengan panyakit saya ni? saya perlu memperuntukkan duet ini untuk membeli ubat. Healin ni bukan ubat yang murah. alhamdulillah perjalanan hidup saya dipermudahkan. syukran..

Episod bermula...

 1 november 2012 - Saya mula menggunakan produk healin pada khamis 1 november 2012. pagi tu mandi guna mirakel dan sapu derma x. badan mengalami kegatalan yang melampau selepas pakai sabun mirakel. oleh kerana tak tahan, tengah hari tu balik mandi guna sabun johnson, sapu derma x. lega sket. saya sangkakan mirakel tidak sesuai dengan badan, tapi lepas telefon careline healin dan stokis healin kat putrajaya mmg dia mengatakan itu adalah tindakbalas daripada penggunaan produk healin.

2 november 2012 - minum imunol sabun mirakel dan derma x. kegatalan kurang daripada semalam. fuh lega.. betul la kata penasihat healin tindak balas sabun tu memang menyebabkan kegatalan yang melampau. selama ni kalau badan saya ada ekzema tompok ekzema berwarna hitam. tapi.... hari ini ekzema kat badan merah2. apakah itu tanda ekzema kat badan sedang aktif untuk keluar dari badan? Mungkin juga.